DUNIA AKHIR ZAMAN. Astagfirullahal'adzhim.. Usia manusia semakin tua. Begitu juga dunia, karena setiap yang hidup itu ada matinya. Setiap permulaan ada penghujungnya. Dunia yang kita pijak di atasnya ini tidak terkecuali. Semakin hampir kepada penghujung usianya (dunia) terdapat tanda-tanda yang boleh kita renung.
Masa terasa pendek, amal soleh berkurangan, kebakhilan bermaharajalela, fitnah berleluasa dan banyaknya kekecohan. Jangan mudah percaya, jangan pula jadi penyebar fitnah..Nauzubillah. Apa makna hidup kalau asyik berdendan, bermusuh dan tak puashati. Bermaafan dan eratkan Silaturrahim menenangkan hidup. Manisnya hidup apabila kita menyambung Silaturahim di antara sesama kita, jauhkan permusuhan dan pertengkaran kerana kita telah diikat dengan "RAHIM" yang datang dari Nabi Adam dan Hawa, jika kita putuskan, maka putuslah rahmat Allah ke atas diri kita, hubungkanlah Silaturahim itu di atas nama Allah.
Ada orang menegur orang lain tentang sesuatu perkara, padahal dirinya sendiri lebih banyak melakukan kesalahan itu. Ada banyak perkara boleh diselesaikan dengan berbincang dengan cara baik tetapi ramai yang suka memilih ego sendiri. Akibatnya hubungan menjadi retak dan musnah.
Alimnya seseorang bukan lah kerana amalan agamanya, tetapi sejauhmana beliau punyai ilmu dan faham tentang apa yang diamalkan. Memang benar tidak dikira beriman seseorang itu sebelum dirinya diuji. Seringkali kita melihat keburukan orang sebagai satu kesalahan, tetapi kita tidak sadar bahawa keburukan yang ada padanya adalah satu ujian yang Allah turunkan kepada kita untuk melihat apa tindakan kita terhadap situasi itu.
Apabila orang buat salah dengan kita, kita suka membalas dengan turut membuat tindakan yang salah. Sedangkan sebelum ini hanya orang itu yang berdosa, tetapi kerana tindakan kita yang dipenuhi nafsu kemarahan, kita turut mendapat dosa.
Di waktu kita senang, usahakan untuk membantu orang, diwaktu kita susah belum tentu orang akan membantu kita. Maka, ikhlaskan diri dalam membantu orang lain, Jangan mengharapkan balasan baik dari manusia, kerana mereka juga manusia biasa yang penuh dengan kelemahan.
"Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal." (HR. Bukhari-Muslim)
0 komentar